Posts

Showing posts from July, 2010

keberanian muncul juga... (^_~)v

29 Julai 2007 (11 pm UTC+08:00) 30 Julai 2007 (3 am UTC+12:00) SMS Riz pun sayang zura.. Actually dah lama riz nak tanya zura tapi macam tak sesuai nak tanya dalam SMS lagipun kita tak pernah jumpa.. Sudi tak zura jadi teman hidup riz??? Ok. Saya panik lepas baca SMS itu. Saya tak tahu nak balas apa. Waktu itu saya tengah berselubung dalam selimut tebal sebab tengah musim sejuk di Palmy. Badan rasa seram sejuk. Dalam hati dub dab dub dab. Betul ke mamat ni?? Lama juga saya berselubung dalam selimut. Tiba-tiba handphone saya berbunyi. Saya lihat nombor yang keluar. Nombor dia! Nak jawab ke tak? Nak jawab ke tak? Nak jawab ke tak? Nak jawab ke tak? Saya: Hello, Assalammulaikum (gaya muslimah mesti ada!) Dia : Waalaikumsalam.. Tengah buat ape? Saya: Baru nak terlelap.. (tipu sunat!) Dia: Oh, dah nak tidur ye... Zura ada dapat SMS dari Riz? Saya: Ada................... Dia: Macam mana?? Sudi tak?? Saya: Err, hmmm... su.. di! Dia: Terima kasih sayang.. Selamat malam eh selamat pagi..