Posts

Showing posts from December, 2010

Persoalan yang akhirnya terjawab juga..

Tanggal 6 disember yang lalu.. Kelihatan seorang wanita memasuki sebuah klinik swasta. Klinik panel tempat dia bekerja. Selepas mengambil no. giliran, dia duduk. Perutnya diusap-usap. Kemudian, dia bingkas bangun menuju ke musolla di dalam klinik berkenaan. Dia tersedar yang dia belum lagi menunaikan solat zuhur. Selesai sahaja dia menunaikan solat, no. gilirannya dipanggil. Dia cepat-cepat meluru masuk ke dalam bilik doktor. Dia mahukan kepastian. Hari itu juga. Sudah ramai yang menegur tentang perutnya itu. Jika dikira-kira, kurang lebih tujuh bulan dia tidak datang bulan. Juga suntikan depo yang terakhir adalah pada bulan Jun. Dia bimbang. Tidak keruan sejak beberapa hari yang lalu. Tok.. tok.. Salam diberi. Doktor bertanyakan masalah dia. Dia hanya menunjukkan perutnya dan meminta pandangan doktor. Doktor agak terperanjat. Ini seperti mempunyai sesuatu di dalamnya. Sejarah kesihatannya disoal-siasat. Kali terakhir datang bulan. Tarikh bersalin. Jenis perlahiran- normal atau pembed