Posts

Doa buat mangsa MH17

17 Julai. Terima kiriman mesej beserta gambar dari rakan-rakan Whatsapp. Gambar yang sangat ngeri bagi saya. Mesej bertalu-talu masuk. Sewaktu saya sedang mahu sahur di sini. Flight MAS hilang.. Flight MAS terhempas.. Semua terkorban.. Bertambah pilu bila rakan semaktab memaklumkan salah seorang rakan adalah mangsa nahas. Nama Hasni Hardi Parlan agak janggal bagi saya. Tapi nama panggilan Konda itu sangat familiar. Namun wajah beliau sangat samar dalam ingatan saya. Yang saya ingat hanya-- Beliau belajar di sebelah kelas saya (505)! Titik. Bermula dari itu saya mula membuka Facebook suami untuk melihat informasi tentang beliau. Walaupun beliau pernah satu maktab dengan saya tapi saya langsung tidak mengetahui tentang hidup beliau. Satu demi satu sejarah hidup dia saya ketahui. Kebanyakannya daripada rakan sehomeroom saya Tawil. Ibarat baru mengenali beliau. Seperti mereka yang lain. Yang pasti-- Hidup beliau dipenuhi dengan cerita dan ingatan

16 Januari 2005

Image
Sembilan tahun lalu-- Rasa seperti baru semalam berlaku. Peristiwa yang banyak memberi kesan dalam kehidupan saya. Peristiwa yang banyak mengajar saya erti kehidupan.  Tentang-- Kasih sayang seorang ibu.... Ihsan adik beradik...  Semangat setiakawan... Ragam manusia.... Perasaan sebagai OKU.. Masih terbayang dalam ingatan saya. Memori saya terbaring di atas jalan raya. Dikelilingi orang ramai yang saya tidak kenali. Suara yang bercampur-campur.  Saya hidu bau minyak. Bau tar jalan raya.  Yang pasti-- Kepala saya sangat sakit. Tapi saya ibarat sedang bermimpi. Mimpi yang tidak digemari. Mahu sedar dengan segera. Saya sedar di hospital. Rakan sebilik saya Ona di sisi. Saya dengar suara dia. Tapi sayup-sayup dan tidak dapat saya fahami. Kepala saya masih sakit. Badan saya seolah-olah kaku. Saya tidak tahu apa yang berlaku pada saya. Sungguh mimpi ini tidak saya gemari. Keesokan harinya. Baru saya sedar sepenuhnya. Saya

Catatan lambaian kaabah- Bahagian 4

Hari kelima--- Semasa sa'ie. Hati berkata. Untungnya saya. Melakukan sa'ie pada masa sekarang. Berlantai dan berkipas. Sejuk! Berbanding keadaan sewaktu Siti Hajar berlari di antara Safa dan Marwah untuk mencari air bagi menghilangkan dahaga nabi Ismail.. Mungkin-- Berpanas terik.. Berkaki ayam.. Bermandi peluh.. Selepas selesai solat Zohor. Saya dapati kasut saya tiada dalam uncang kasut. Saya belek rak kasut. Atas. Bawah. Kanan. Kiri. Tiada! Lalu saya berjalan pulang ke hotel yang jaraknya dlaam 400m. Seperti jarak Safa ke Marwah. Panasnya hanya Allah tahu. Kaki saya rasa terbakar walaupun saya berstokin tebal. Mungkin---- Inilah yang dirasai oleh Siti Hajar dahulu Tujuh kali berulang alik untuk mencari air Demi seorang anak.. MasyaAllah! Tabarakallah! Di sini-- Setiap perkataan Setiap lintasan hati Adalah DOA.. Sekarang saya ada peneman baru. Hadiah untuk diri sendiri. Tanda ingatan dari Mekah.... Bersambung..

Catatan lambaian kaabah- Bahagian 3

Hari ketiga-- Rombongan kami melawat Jabal Rahmah seawal pagi untuk menziarah. Sampainya di sana, saya terjumpa lelaki yang wajahnya seakan raan semaktab saya dahulu. Memang benar beliau adalah rakan semaktab saya dan suami dahulu.  Ajaib! Kerana kami tidak pernah berjumpa selepas SPM Tahun 2000. Lalu saya teringat tentang cetusan hati saya  tentang cerita Adam dan Hawa berjumpa di rak kasut pintu masjidil haram setelah bertahun-tahun terpisah. Dalam kalangan jutaan manusia. Allah berbicara lagi dengan saya. Bahawa DIA maha berkuasa dan mampu membuat apa-apa yang tidak logik di akal manusia.  Rasa sangat gerun ketika itu. Tengah hari-- Lewat pulang dari masjidilharam. Sarapan sudah habis. Tinggal jemput-jemput sahaja. Alhamdulillah dapat alas perut. Usai bermiqat di Taneem, kami ke masjidilharam semula. Untuk solat Zohor dengan berihram. Dalam perjalanan. Beritahu suami mahu makan roti nanti. Roti nan. Roti pita. Tak kisah. Selepas selesai umrah jika sempat. Ataupun sel

Catatan lambaian kaabah- Bahagian 2

Hari kedua--- Kami pergi ke masjidilharam untuk solat subuh. Terpisah di pintu 1. Kami berjanji untuk jumpa di maqam ibrahim selepas itu. Selesai solat, saya ke maqam ibrahim. Jumpa. Sama sama tawaf sunat. Kemudian, terpisah. Saya terus ke pintu 1. Tempat perjumpaan kami. Uncang kasut masih ada. Kasut dia masih didalam. Saya duduk bersila berdekatan rak kasut. Buka yassin. Baca. 15 minit berlalu.. Tiada bayang-bayang dia muncul di depan pintu. Di kalangan lautan manusia yang lalu lalang. Sabar! 30 minit berlalu.. Hati mula panas. Ikut hati mahu pulang sahaja. Tinggalkan kasut dia di situ. Tiba-tiba teringat doa saya sewaktu di depan kaabah tadi. Saya duduk kembali. Buka yassin. Baca. Sejam berlalu.. Saya dihalau oleh pencuci. Dia mahu bersihkan lantai. Saya bangun tunggu di halaman luar. Kemudian, saya duduk kembali. Bersila. Buka yassin. Baca. Sejam 15 minit berlalu.. Baru saya nampak dia menghampiri. Alhamdulillah penantian berakhir. Hebat ujian Allah ini. Sama ada saya mampu m

Catatan lambaian kaabah- Bahagian 1

Mekah. Terletaknya Masjidilharam. Di dalamnya terdapat kaabah. Penunjuk arah kiblat buat semua umat islam di dunia. Saya tiba di Tanah haram kira-kira jam 10 malam. Masjidil haram kelihatan sangat jelas walaupun di malam hari. Pancaran lampu yang sangat indah. Biarpun saya hanya melihat dari dalam bas yang bergerak. Rombongan saya tiba di hotel yang jaraknya kira-kira 400m dari Masjidilharam. Kami memulakan umrah yang pertama pada malam itu juga kerana telah bermiqat sewaktu dalam penerbangan.  Sewaktu sampai di pintu masjidilharam, perasaan syukur yang teramat sangat menjalar seluruh badan kerana berpeluang menjejakkan kaki di sini. Lantas perlahan-lahan saya mengekori rombongan saya untuk menunaikan umrah kami. Alhamdulillah. Tidaklah susah seperti yang saya jangkakan. Bahkan sangat menyeronokkan. Selesai bertahalul, saya dan suami pulang ke hotel untuk berehat. Pagi--  Bumi mekah disirami dengan hujan. seolah-olah meraikan kedatangan kami ke sini. Masha Alla

Lambaian itu..

Hari itu hari Ahad.  Semua orang bersiap-siap untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing. Demi melihat perubahan negara. Untuk 5 tahun lagi.  Termasuklah saya. Tapi saya tidak dapat menunaikan tanggungjawab itu buat pertama kalinya. Saya mempunyai tanggungjawab yang lebih besar. Bakal menunaikan sebahagian daripada rukun islam. Walaupun belum sempurna rukun yang kelima itu.  Saya dan suami dihantar ke KLIA  oleh mama,abang dan kakak ipar saya. Cukup di pintu masuk balai berlepas. Mereka segera pulang. Tinggallah kami menyorong bagasi ke kaunter check-in. Hanya kami berdua. Tiada saudara mara yang mengiringi. Saya capai handphone. Cuba menelefon anak-anak di kampung sekali. Tiada sebarang dering. Semenjak semalam. Tiada dering. Hampa! Sewaktu berada dalam ruangan berlepas, saya cuba lagi beberapa kali menelefon anak-anak di kampung. Masih tiada sebarang dering. Cuba tenangkan hati. Saya buku panduan haji dan umrah. Satu ayat dalam buku itu membuatkan saya