Doa buat mangsa MH17


17 Julai.

Terima kiriman mesej beserta gambar dari rakan-rakan Whatsapp. Gambar yang sangat ngeri bagi saya.


Mesej bertalu-talu masuk. Sewaktu saya sedang mahu sahur di sini.


Flight MAS hilang..

Flight MAS terhempas..

Semua terkorban..


Bertambah pilu bila rakan semaktab memaklumkan salah seorang rakan adalah mangsa nahas.


Nama Hasni Hardi Parlan agak janggal bagi saya. Tapi nama panggilan Konda itu sangat familiar. Namun wajah beliau sangat samar dalam ingatan saya.


Yang saya ingat hanya--


Beliau belajar di sebelah kelas saya (505)!


Titik.


Bermula dari itu saya mula membuka Facebook suami untuk melihat informasi tentang beliau. Walaupun beliau pernah satu maktab dengan saya tapi saya langsung tidak mengetahui tentang hidup beliau.


Satu demi satu sejarah hidup dia saya ketahui. Kebanyakannya daripada rakan sehomeroom saya Tawil.


Ibarat baru mengenali beliau. Seperti mereka yang lain.


Yang pasti--


Hidup beliau dipenuhi dengan cerita dan ingatan yang baik-baik sahaja daripada keluarga dan sahabat.


Semoga kamu ditempatkan dalam kalangan ahli syurga, sahabat!Amin...


p/s: Al-fatihah!



Comments

  1. Yelah Bai..nama betulnya agak asing tapi nama Konda agak familiar. Saya pun baru mengenali beliau selepas hayatnya tiada.

    Moga roh Allahyarham tenang di sana.

    Al Fatihah

    ReplyDelete
  2. Kan Sufia. even Paloh pun tak kenal sangat dengan arwah.

    Yang pasti arwah orang yang hebat!

    Al-fatihah!

    ReplyDelete
  3. blog pasal visit to newzealand plis..huhu

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Saya berjaya VBAC !!

keberanian muncul juga... (^_~)v

Catatan lambaian kaabah- Bahagian 3