16 Januari 2005



Sembilan tahun lalu--



Rasa seperti baru semalam berlaku. Peristiwa yang banyak memberi kesan dalam kehidupan saya. Peristiwa yang banyak mengajar saya erti kehidupan. 



Tentang--

Kasih sayang seorang ibu....
Ihsan adik beradik... 
Semangat setiakawan...
Ragam manusia....
Perasaan sebagai OKU..



Masih terbayang dalam ingatan saya. Memori saya terbaring di atas jalan raya. Dikelilingi orang ramai yang saya tidak kenali. Suara yang bercampur-campur.  Saya hidu bau minyak. Bau tar jalan raya. 



Yang pasti--



Kepala saya sangat sakit. Tapi saya ibarat sedang bermimpi. Mimpi yang tidak digemari. Mahu sedar dengan segera.



Saya sedar di hospital. Rakan sebilik saya Ona di sisi. Saya dengar suara dia. Tapi sayup-sayup dan tidak dapat saya fahami. Kepala saya masih sakit. Badan saya seolah-olah kaku. Saya tidak tahu apa yang berlaku pada saya. Sungguh mimpi ini tidak saya gemari.



Keesokan harinya. Baru saya sedar sepenuhnya. Saya kemalangan. Motorsikal saya dilanggar kereta berhampiran pintu pagar USM. Motorsikal kebanggaan saya itu. Hancur berkecai. Seperti hati saya berkecai sewaktu diberitahu paha dan tulang selangka sebelah kiri saya patah. Di saat saya berbaki 2 bulan untuk menghabiskan pengajian saya.



Dan--


Air mata itu.  Tak henti-henti mengalir. Tambahan melihat mama menangis. Dia trauma. Kerana arwah abah juga kemalangan motorsikal tahun sebelum dia meninggal pada tahun sebelumnya.



Sungguh berat ujian waktu itu. Impian untuk sama-sama menghabiskan pengajian dengan teman sekuliah nampak samar.



Mujur--


Saya dianugerahkan oleh Allah sahabat-sahabat yang sangat baik. Yang banyak membantu saya. Mengharungi saki baki pengajian. Mengharungi kesakitan yang berpanjangan..


Dan-- 


Pada Ogos 2005, kami sama-sama melangkah masuk ke dewan Tuanku Syed Putra USM untuk menerima skroll  ijazah sarjana muda kami. Yang pasti langkah saya tidak pantas seperti langkah mereka.. Ibarat budak yang baru bertatih..



Buat--


Annisa Amni, Nurul Husna Jauhar, Nik Fawzia Noerbaiti, Nor'Aishah Hassan, Nor Hafizah, Saliniza dan Nor Aizam Baharom..






Terima kasih sahabat. Jasa kalian tidak mampu saya balas. Hanya Allah yang mampu membalasnya. Moga, ukhuwah ini kekal sampai Jannah. Dan, walau di mana kita berada, kiblat kita tetap sama. 




P/s: Jauh di mata dekat dihati... (^_~)v




















Comments

  1. Allah xprnh tinggalkan kiter wlp seketika.... syukur semua dah selamat dlm kembara USM & masing2 dgn jalan masing2 & pastinya xputus2 mengharap Allah redha & sentiasa bersama kiter......

    ~aizam~

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Saya berjaya VBAC !!

keberanian muncul juga... (^_~)v

Catatan lambaian kaabah- Bahagian 3