Catatan lambaian kaabah- Bahagian 4

Hari kelima---


Semasa sa'ie. Hati berkata. Untungnya saya. Melakukan sa'ie pada masa sekarang. Berlantai dan berkipas. Sejuk!


Berbanding keadaan sewaktu Siti Hajar berlari di antara Safa dan Marwah untuk mencari air bagi menghilangkan dahaga nabi Ismail..


Mungkin--
Berpanas terik..
Berkaki ayam..
Bermandi peluh..


Selepas selesai solat Zohor. Saya dapati kasut saya tiada dalam uncang kasut. Saya belek rak kasut. Atas. Bawah. Kanan. Kiri.


Tiada!


Lalu saya berjalan pulang ke hotel yang jaraknya dlaam 400m. Seperti jarak Safa ke Marwah. Panasnya hanya Allah tahu. Kaki saya rasa terbakar walaupun saya berstokin tebal.



Mungkin----
Inilah yang dirasai oleh Siti Hajar dahulu
Tujuh kali berulang alik untuk mencari air
Demi seorang anak..


MasyaAllah! Tabarakallah!


Di sini--
Setiap perkataan
Setiap lintasan hati
Adalah DOA..


Sekarang saya ada peneman baru. Hadiah untuk diri sendiri. Tanda ingatan dari Mekah....



Bersambung..

Comments

  1. Bersambung??? To be continued yerk......

    Xsabar nak mengunjungi makam Rasulullah sbb kat situ ada jasad yg mulia. Pasti Rasulullah akan mendengar & menjawab salam kiter kat sana....

    ~Aizam~

    ReplyDelete
  2. Kapan mau disambung non?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Saya berjaya VBAC !!

keberanian muncul juga... (^_~)v

Catatan lambaian kaabah- Bahagian 3